painful

again and again and again . what i feel now ? macam tajuk atas ni ^ PAINFUL
yah it's REALLY . ok firstly let me talk about myself first , jujur aku bukan seorang yg sempurna dari segi semuanya . im stupid girl , messy , annoying , short , pudgy , trouble . aku bukannya baik yah aku banyak buat dosa malah dosa besar pun aku penah buat tapi tu semua dulu & sekarang mungkin inilah balasan yang ALLAH beri pada aku . sesungguhnya aku redha Ya Allah kerana aku tau semua dosa-dosaku padamu & aku tau semua yg terjadi adalah kehendakmu , mungkin ada benda tersirat & tersurat yg telah Engkau janjikan untukku :')
tetapi aku juga manusia biasa yg punya tahap kesabaran , tahap ego , tahap keinginan , tahap kemarahan , tahap kesedihan , tahap segalanya . kerana aku bukan malaikat aku hanyalah manusia hamba ALLAH yg lemah lagi jahil . selama ini mungkin aku masih boleh bersabar diam & terus berdiam . aku tidak salahkan sesiapa kerana mereka masih belum kenal aku even my family axcept ALLAH kerana dia yg menjadikn & mghidupkan aku. 
jika dimarah aku senyap tanpa berkata apa-apa & berlari jauh dr org yg marah itu tandanya aku hormat mereka tidak mahu menaikkan lagi kemarahan mereka tetapi tafsiran & andaian yg berbeza difikiran mereka yg fikir aku ini biadap.
jika aku membuat kesilapan pd seseorg aku senyap dan meminta maaf beribu kali itu tandanya aku benar-benar menyesali kesalahanku , tapi ada yg tidak selesa & meyangka aku ni merimaskan.
jika aku bergaduh atau memarahi seseorang aku berkata sambil pandang ke bawah tidak melihat mata si lawan itu tandanya aku tidak sanggup melihat si lawan itu dimarahi olehku & jika engkau melihat air bergenang di kelopak mataku itu tandanya aku kesal dgn semua yg terjadi lantas jika engkau melihat sebutir permata jatuh di pipiku itu tandanya aku kecewa dgn sikapku & mencari dimana kesalahanku sehingga pergaduhan berlaku. 
kadangkala aku sendiri tidak paham dgn diri aku ni , marah pun air mata jatuh if sedih lagi lah banjir -.- hmm itulah sifat yg x dpt aku elakkan bukan tanda aku lemah tetapi tanda aku x sggup & ____ * hanya ALLAH yg tau .
janganlah berfikiran -ve jika aku diam , menyendiri . bukn aku sombong atau apa-apa tetapi banyak maksud yg tersirat . tanyalah dahulu jika ingin kepastian . bagi aku menyendiri satu cara untuk aku tenagkan jiwa aku .& diam juga satu cara aku menutupi segala masalah aku :')
haih astagfirullah 'izz sabar , banyak2 istifar... :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.