tanggal 22september1994 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama NUR 'IZZATI ZAFIRAH BT ZULKIFLI. lahirnya dimuka bumi ini ayat pertama yg didengarnya ialah azan & iqamah oleh si ayah. jelas terpancar kegembiraan di wajah pasangan suami isteri , sanak saudara , ibu bapa , ibu bapa mentua & semua. dulu badannya bulat & berisi, pipinya tembam, rambutnya ikal berwarna hitam , matanya hitam pekat *maybe .hehe :p dijaga & diajar segala tata tertib, solat, puasa oleh wan & opahnya sejak umurnya 1 hari sehinggalah 6 tahun . anak yang ketika kecil itu , yang masih tidak tahu apa-apa gembira meniti hari-harinya bersama mereka sehingga pada ketika dia menganggap mereka adalah ibu bapa kandungnya . setelah umurnya mencecah 7 tahun, datanglah pasangan suami isteri mengambil kembali anak mereka & dibawa tinggal bersama . pada ketika itu barulah dia tahu bahwa mereka sebenarnya ibu bapanya , selama ini yang menjaganya adalah wan & opahnya . sedih & pilu terasa , menangis dia sepanjang hari kerana tidak mahu berjauhan dengan wan & opahnya yang selama ini merekalah tempat dia bermanja , mengadu & berkongsi kasih . jelas terpancar kekecewaan di wajah masing-masing tapi apakan daya dia tidak boleh berbuat apa-apa . walaupun kini baru dia berkesemptan mengenali hati budi ibu bapa kandungnya tetapi tidak pernah dia membenci malah meyayangi mereka seperti mana dia menyayangi wan & opahnya :)
hampir setiap hari dia
mahupun wan & opahnya sering berhubung melalui telefon , tidak pernah jemu mereka memberi nasihat & pesanan kepada si gadis sehinggalah kini. kesunyian yang terasa dihati masing-masing tidak dapat digambarkan hanya DIA yang Maha Mengetahui :') namun memikirkan orang yang tersayang dia tabah & kuat menghadapi segala dugaan & cabaran dari umurnya 7 tahun sehingglah kini umurnya telah pun mencecah 17 tahun .
semakin hari , semakin cepat masa berlalu kini sedar tak sedar dia telah pun meningkat dewasa dan akan menghadapi peperiksaan penting yang akan menentu masa depannya malah tidak lama lagi dia akan menamatkan sekolah & menuntut di Universiti . "sudah bersediakah aku ?!" itulah yang sentiasa menjadi persoalan padanya . kini tanggungjawab yang harus dipikul semakin berat & besar tambahan pula dia adalah anak pertama .jauh disudut hati tidak mahu dia mengecewakan keluarga kandung , wan & opahnya . dia berjanji pada dirinya sendiri bahwa dia akan cuba sedaya upaya untuk mencapai cita-cita & niat yang telah lama terpendam dihatinya . hanya 1 yang dihajatkan & didoakan . dia mahu berjaya dalam hidup , melihat keluarganya bahagia & bangga padanya . hanya itu yang dia mahu ;'')
sambutan harijadinya yang ke17 ni tiak disambut dengan kek tapi makanan , haha mama belanja makan then hadiah dari adik-adik tu je so simple rte? hemhem !~ present ayah ? haha tga tgu ni , ayah janji nak bagi tapi bulan 10 nanti baru dapat. uh?! lambat kan ? tu la pasal -.-' apa la hadiah yang ayah nak bagi sampai lambat benor dapatnya . haih sabor jelaa kann ;D
sambutan harijadinya yang ke17 ni tiak disambut dengan kek tapi makanan , haha mama belanja makan then hadiah dari adik-adik tu je so simple rte? hemhem !~ present ayah ? haha tga tgu ni , ayah janji nak bagi tapi bulan 10 nanti baru dapat. uh?! lambat kan ? tu la pasal -.-' apa la hadiah yang ayah nak bagi sampai lambat benor dapatnya . haih sabor jelaa kann ;D
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.