kenapa taubat tidak berjaya ?

Terdapat beberapa ilmu yang ingin saya kongsikan bersama anda semua . 
Maklumat ni adalah sumber dari sebuah buku motivasi yang telah saya baca , mungkin selama ni ada perkara yang kita sendiri terlepas pandang jadi diharapkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam buku ini menjadi panduan kepada diri saya & awak semua :)

bismillahirrahmanirrahim ...

" banyaknya dosaku " , itulah keluhan yang sering kita dengar daripada orang yang ingin berjalan menuju keredhaan Allah. Maka terdetik di hati supaya bertaubat kepada Allah.
alhamdulillah , selepas itu mulalah melakukan suruhanNya & meninggalkan laranganNya , tangan ditadah memohon keampunan Yang Esa . Namun kadang-kadang ia tidak kekal lama , sifat lama kembali menjengah di jendela hati , akhirnya diri terjebak semula ke lembah dosa . Mengapa sedemikian halnya ? dimanakah silapnya ? 

Di sini ada jawapannya :

Jawapan # 1 : Pintu-pintu menuju maksiat masih terbuka
Setiap tempat mempunyai jalan / pintu yang menjadi jalan masuknya yang tersendiri. demikian juga dengan kejahatan , ia adalah umpama sebuah rumah yang mempunyai banyak jalan & pintu masuk . apabila jalan memasukinya tertutup rapat , dah tentu kita tidak dapat memasuki tempat itu .ada kalanya kita berazam bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala perkara yang dilarang , namun begitu sering kali kita terlupa menutup pintu yang boleh membawa kepada berlakunya perbuatan dosa .Contohnya > seorang yang bertaubat dari minum arak tetapi masih bergaul dengan orang yang meminumnya . apabila dicabar supaya mencubanya , akhirnya dia tewas juga . oleh itu bukan saja meninggalkan perkara yang dilarang malah menutup pintu-pintunya sekali.
Jawapan # 2 : Azam yang lemah
Azam adalah semangat bagi melakukan sesuatu perkara . ada yang mahu bertaubat tetapi keazamannya lemah . cara menguatkan azam adalah bergaul dengan orang-orang yang baik & membaca kisah-kisah orang yang bertaubat serta keutamaannya . keazaman yang benar adalah ibarat kita mengunci setiap pintu kejahatan kemudian dengan sepenuh hati mencampakkan kunci itu sejauh-jauh supaya kita tidak menemuinya lagi & tidak membuka pintu itu lagi .
Jawapan # 3 : Tidak takut kepada Allah
Allah menjelaskan menerusi surah an-Nahl ayat 50 ,
"Meraka takut kepada tuhan mereka yang di atas mereka, serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan." 
umum mengetahui taubat adalah jalan yang mampu membawa seorang yang hina kepada kemuliaan, seorang yang rendah kepada darjat yang tinggi .oleh itu kita perlu mengIKHLASkan taubat hanya kerana Allah , takut kepada kemarahan Allah & mengharapkan keampunanNya . janganlah riak dengan taubat kamu & memikirkan diri itu telah bagus / sempurna . sesungguhnya itu bukan dinamakan ikhlas kerana Allah . antara cara berkesan menebalkan rasa takut di hati dengan membaca kisah-kisah orang yang ingkar kepada Allah,  azab kubur & neraka .
Jawapan # 4 : Kurang sabar
Bagi melakukan sesuatu kebaikan sememangnya bukan sesuatu yang mudah , terutama pada orang yang ingin bertaubat . ini disebabakan syaitan tetap berusaha agar seseorang itu tidak terlepas daripada kekuasaannya . jalan taubat bukan jalan yang mudah tetapi akhirnya manis dengan dijanjikan syurga oleh Allah bahkan dikasihi Allah .
dalam surah al-Baqarah ayat 222 ,
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan Dia menyukai orang yang menyucikan dirinya."
selain itu ujian Allah kepada orang yang bertaubat untuk menguji sejauh mana kebenaran niatnya .
surah al-Ankabut ayat 2-3 ,
"Adakah manusia menyangka mereka dibiarkan berkata: kami beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan Dia mengetahui orang yang dusta."
seseorang yang benar-benar berusaha bertaubat maka dia dipimpin Allah seperti dinyatakan dalam surah al-Ankabut ayat 69 ,
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh pada jalan kami , sesungguhnya kami memimpin mereka ke jalan-jalan kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
Jawapan # 5 : Taubat separuh-separuh
Pekara terakhir yang menyebabkan gagalnya taubat adalah taubat separuh . seorang itu bertaubat daripada sebahagian dosanya sahaja , sedangkan diri masih kekal dengan perbuatan dosa yang lain. Nabi Muhammad pernah berkata : "Demi Allah , sesungguhnya saya ini benar-benar beristighfarkepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih banyak daripada 70 kali." (direkodkan oleh Al-Bukhari)
dalam laporan yang lain Nabi Muhammad beristighfar kepada Allah sebanyak 100 kali . sedangkan Nabi yang bersifat maksum & terpelihara itu juga bertaubat lebih daripada 70 kali  dalam sehari , maka kita yang x terpelihara ini lebih memerlukan taubat. 
Nabi Muhammad menjelaskan ,
"Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan dosa maka tertitik noda hitam di hatinya . apabila dia bertaubat dan berhenti daripada dosa itu serta memohon ampun kepada Allah , maka hatinya menjadi bersih dari noda . apabila dosanya bertambah, maka tambahlah pula noda itu sehingga menutupi seluruh hatinya."

renung-renugkanlah & selamat beramal ! ;D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.